empty
 
 
24.09.2013 06:09 AM

Satu lagi siri peraduan Instaforex telah sampai ke penghujungnya. Melalui penyertaan dalam peraduan-peraduan yang ditawarkan oleh InstaForex, para peserta berpeluang untuk menetapkan matlamat dan berusaha untuk merealisasikannya. Persaingan sengit menjadikan para peserta lebih fokus; keinginan untuk memenangi hadiah pertama adalah merupakan rangsangan yang sangat baik untuk para peserta mengekalkan tahap kesabaran, kawalan diri dan berdisiplin. Bersaing dan menang! Tahniah diucapkan kepada mereka yang bergelar juara! 
 

Chancy Deposit 2013

Andre Permana Harsono telah dinobatkan sebagai pemenang! Pendepositan beliau telah terpilih pada kali ini sekaligus membolehkan beliau untuk menerima wang berjumlah $ 1,000. Pihak kami mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kejayaan anda. Kami ingin mengingatkan kepada pedagang yang lain bahawa semua orang berpeluang untuk mengandakan baki akaun dagangan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan melakukan pendepositan tambahan dengan jumlah tidak kurang daripada $ 3,000 ke dalam akaun dagangan anda. Rebut peluang keemasan ini dalam pendepositan anda! Anda berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang seterusnya!


Lucky trader

Selepas merumuskan keputusan, ternyata gelaran juara kali ini telah berpihak kepada Lutfi Hasni Niyazi apabila beliau berjaya mencatatkan penarafan tertinggi di kalangan peserta-peserta yang lain! Setiap orang berpeluang untuk menjadi juara, tetapi tuah pada kali ini telah memihak kepada beliau! Kemahiran dengan instrumen perdagangan dan berkat kesabaran yang tinggi telah membolehkan beliau memperoleh ganjaran - tempat pertama! InstaForex mengucapkan tahniah kepada Lucky Trader. Bagi para peserta yang lain, jangan berputus asa dan terus mencuba nasib dalam peraduan yang seterusnya. Mendaftar sekarang! Peraduan yang seterusnya dijadualkan akan berlagsung pada 7 Oktober 2013 (GMT +2) sehingga 18 Oktober 2013 (GMT +2).


One Million Option

Lebih banyak pilihan yang anda menang, maka ini bermakna lebih besar jugalah skor yang akan anda terima! Apabila skor anda lebih besar, maka peluang untuk anda merangkul hadiah tempat pertama adalah lebih cerah! Kejayaan dalam peraduan One Milion Option anjuran pihak InstaForex ini hanya bergantung kepada tahap kemahiran anda sendiri dan kebolehan anda untuk bekerja dengan pilihan perdagangan. Bagi peraduan kali ini, kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Aleksander Kopyl, yang berjaya menduduki tempat pertama dan menjadikan ia sebagai satu permulaan yang baik untuk kejayaan beliau di masa hadapan. Adalah diingatkan kepada para peserta yang lain bahawa peraduan yang seterusnya akan berlangsung pada 30 September 2013 (GMT 2) dan berakhir pada 4 Oktober 2013 (GMT 2).


Real Scalping InstaForex

Perdagangan yang menguntungkan adalah merupakan hasil daripada usaha keras yang memerlukan tumpuan yang tinggi. Ia akan benar-benar diuji apabila anda berada dikalangan pesaing-pesaing hebat yang lain. Apabila anda dikelilingi oleh sejumlah besar pesaing yang juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk merangkul gelaran juara, maka anda perlu memastikan bahawa tidak akan ada sebarang kesilapan yang akan berlaku. Pada kali ini, pedagang yang bertuah adalah Leonid Palamarchuk! Tahniah! InstaForex ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa anda juga berpeluang untuk bersaing dan membawa pulang sebahagian daripada jumlah keseluruhan hadiah peraduan! Lengkapkan borang permohonan bagi melayakkan diri anda untuk menyertai peraduan yang seterusnya yang dijadualkan akan bermula dari 27 September, 2013 (00:00 GMT 2) hingga 27 September, 2013 (23:59 GMT 2). Mungkin anda adalah merupakan juara yang kami cari dalam peraduan yang akan datang!

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan

Komen finalis dan foto

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget