empty
 
 

Senarai nama pemenang baru bagi peraduan InstaForex bakal diumumkan!

17.03.2014 01:16 AM

Keputusan peraduan terbaru anjuran InstaForex telah pun diketahui dan senarai nama-nama peserta yang telah berjaya merangkul gelaran juara bakal kita ketahui. Pada kali ini, pihak pengurusan peraduan akan mengumumkan nama pemenang bagi peraduan-peraduan yang berikut: One Million Option, InstaForex Sniper, Chancy Deposit, dan FX-1 Rally dari InstaForex.

Oleh itu, gelaran juara dan hadiah lumayan sedang menunggu pemiliknya. Sementara itu, kami menggalakkan kepada para peserta lain yang kurang bernasib baik pada kali ini agar tidak berputus asa dan terus mencuba pada peraduan yang seterusnya. Senarai nama pemenang yang seterusnya akan diumumkan dalam tempoh seminggu yang akan datang. 

InstaForex seikhlas hati ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada empat orang pemenang bertuah di atas kemenangan yang diperoleh dan semoga kejayaan akan terus mengiringi perjalanan mereka selepas ini. Kami mengingatkan kepada anda bahawa InstaForex telah menyediakan pelbagai peraduan dan kempen promosi istimewa untuk para pelanggan setia kami dengan jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai lebih daripada $ 500,000. Selain itu, sebahagian daripada peraduan cabutan bertuah InstaForex menawarkan hadian berupa kereta mewah berjenama seperti Lotus dan Porsche.

One Million Option

One Milion Option adalah merupakan peraduan yang paling banyak menerima penyertaan dikalangan pedagang forex. Peraduan One Million Option terbukti berjaya menarik minat ramai pedagang apabila bilangan pedagang InstaForex yang mendaftar untuk mengambil bahagian di dalam cabaran ini semakin meningkat. Diingatkan bahawa semakin sengit persaingan di dalam sesuatu peraduan itu, maka semakin tipislah peluang untuk bergelar juara. Justeru, sebuah kemenangan itu akan menjadi sangat bernilai dan berharga. Kali ini, Vyachelav Mesenov telah berjaya menjadi yang terbaik di kalangan perserta hebat yang lain. Beliau telah berjaya mengikut gerak hati beliau, mempamerkan prestasi yang terbaik, serta menunjukkan tindak balas yang pantas. InstaForex mengucapkan tahniah kepada Vyacheslav di atas kemenangan beliau dan kami juga ingin mengingatkan kepada para peserta yang lain agar tidak patah semangat terus mencuba di dalam peraduan yang seterusnya. Kemenangan yang seterusnya akan menjadi lebih sukar untuk dicapai. Tinggal hanya beberapa hari lagi sebelum peraduan One Million Options yang seterusnya mengambil tempat. Para peserta boleh mula mendaftar di halaman peraduan dari 24 Mac 2014 (GMT +2) sehingga 28 Mac, 2014 ( GMT +2).

InstaForex Sniper

Ketepatan dan kepantasan adalah faktor utama kejayaan di dalam InstaForex Sniper. Peraduan ini adalah merupakan salah satu peraduan yang terawal dianjurkan oleh syarikat InstaForex. Selain itu, peraduan ini juga merupakan peraduan yang mudah untuk difahami. Itulah sebabnya, saban minggu beratus-ratus orang pedagang akan bersaing di dalam peraduan yang memerlukan ketepatan dan kemahiran berfikir dengan pantas ini. Untuk peraduan kali ini, tuah telah memihak kepada Maksim Kaplun. Tahniah diucapakan pemenang! Pada masa yang sama, InstaForex juga ingin mengucapkan semoga berjaya kepada peserta yang lain. Tuah mungkin akan memihak kepada anda pula di masa hadapan. Peraduan  InstaForex Sniper yang seterusnya bakal berlangsung bermula dari 24 Mac 2014 (GMT +2) sehingga 28 Mac, 2014 ( GMT +2). Uji keupayaan anda untuk berfikir dengan pantas sekarang juga!

FX-1 Rally by InstaForex

Leandr Sirotkin telah berjaya merangkul gelaran juara Grand Prix di dalam peraduan FX-1 Rally. Beliau telah berjaya memintas para peserta yang lain dengan kelajuan yang paling pantas tanpa melakukan sebarang kesilapan. Format dan nama peraduan ini sendiri telah membayangkan bahawa perdagangan ini memerlukan kelajuan yang paling pantas dan persaingan adalah amat sengit. Anda perlu memastikan bahawa anda sudah cukup bersedia untuk meningkatkan aliran adrenalin berlipat kali ganda dan merasai keseronokan di dalam persaingan, FX-1 Rally adalah merupakan penyelesaian yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda yakin bahawa diri anda mampu untuk menjadi yang pertama untuk sampai ke garisan penamat pada peringkat akhir peraduan, maka adalah dialu-alukan kepada anda untuk mendaftar penyertaan peraduan yang seterusnya bermula jam 00:00 21 Mac 2014 (GMT +2 ) sehingga jam 23:59 21 Mac 2014 (GMT +2).

Chancy Deposit

Tuah adalah faktor utama yang akan melayakkan seseorang peserta itu untuk dinobatkan sebagai juara. Sekiranya anda ini mencuba nasib, ayuh sertai peraduan ini. Kali ini, Larry Misael telah berjaya memenangi hadiah pertama. Sekiranya anda kurang bernasib baik di dalam peraduan kali ini, anda masih mempunyai banyak peluang untuk mencabar nasib anda sekali lagi. Sementara itu, InstaForex ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Larry Misael atas kemenangan yang dikecapi didalam peraduan Chancy Deposit kali ini! Kami ingin mengingatkan kepada para pedagang yang lain bahawa tuah mungkin akan memihak kepada anda dalam tempoh masa yang terdekat ini. Anda boleh mengambil bahagian di dalam peraduan Chancy Deposit  yang kini sedang berlangsung untuk membawa pulang hadiah bernilai $ 1,000. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan melakukan pendepositan sebanyak $ 3,000 atau lebih ke akaun perdagangan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan 

Ulasan finalis dan foto  

   

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget