empty
 
 

26.04.201706:06:00UTC+00Pasaran Eropah Diniagakan Lebih Rendah Menjelang Pengumuman Pelan Pembaharuan Cukai Trump

Saham Eropah diniagakan tidak menentu pada awal dagangan sebagaimana para pelabur menunggu laporan pendapatan, dasar kewangan dan pengumuman cukai di Amerika Syarikat. Indeks Pan-Eropah Stoxx 600 meningkat sebanyak kurang daripada satu mata pada 387.03 selepas jatuh ke urusniaga harga rendah 386.29.

Saham kewangan, utiliti dan teknologi mencatatkan penurunan. Saham sumber asas juga kurang berprestasi selepas pegawai China menasihatkan negara untuk mengurangkan pengeluaran keluli. Saham perkhidmatan pengguna, telekomunikasi dan minyak dan gas berada di wilayah positif.

Saham utiliti mencatatkan prestasi terburuk dalam perdagangan pertengahan pagi selepas terdapat beberapa perubahan untuk skor kredit. Penilaian Fitch memberikan amaran bahawa terdapat kemungkinan untuk penurunan penarafan yang seterusnya untuk syarikat-syarikat utiliti Itali yang mendapat BBB+, jika penarafan negara diturunkan kepada BB+. Fitch menurunkan kedudukan Itali pada Isnin lalu daripada BBB+ kepada BBB.

Saham automotif diniagakan lebih rendah pada laporan pendapatan. Peugeot mencatatkan kenaikan 4.9 peratus dalam pendapatan suku pertama selepas model baru membantu pembuat kenderaan Perancis mengimbangi kesan jualan yang lemah dan pergerakan kadar pertukaran. Saham Peugeot jatuh 1.7 peratus dalam dagangan tengah hari.

Daimler meningkatkan unjuran pendapatan tahun penuh selepas melaporkan keuntungan bersih dua kali ganda lebih tinggi berbanding suku pertama pada 2016, bagaimanapun, sahamnya juga sedikit bergerak renadah, turun 0.5 peratus.

Antara saham aktif di berita korporat, jenama mewah Kering Perancis mengungguli Indeks Stoxx 600, dengan kenaikkan sepuluh peratus selepas pemilik jenama mewah Gucci dan Saint Laurent mengumumkan peningkatan dalam pendapatan suku pertama sebanyak 31 peratus kepada 3.57 bilion euro (AS$4.07 bilion).

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Jun kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget