empty
 
 

17.08.202110:06:00UTC+00Minyak Melanjutkan Kerugian Untuk Hari Keempat

Harga minyak bergerak lebih rendah untuk hari keempat pada hari Selasa di tengah-tengah kebimbangan bahawa penyebaran varian Delta COVID-19 akan mengancam pemulihan permintaan minyak. Niaga hadapan minyak mentah Penanda Aras Brent turun sebanyak 29 sen, atau 0.4 peratus, kepada paras harga dagangan sebanayak AS$ 69.22 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah West Intermediate AS turun 36 sen, atau setengah peratus, pada paras harga dagangan sebanyak AS$ 66.69. Pedagang menyesuaikan ramalan permintaan China setelah pertumbuhan kilang dan penjualan runcit China perlahan dan tidak melepasi jangkaan pada bulan Julai. Varian Delta coronavirus yang tersebar dengan cepat telah memberikan masalah terhadap prospek permintaan. Kerajaan Jepun akan memperluaskan langkah-langkah kawalan kecemasan COVID-19 ke lebih banyak kawasan dan hingga bulan September untuk menekan gelombang jangkitan kelima, penyiar awam NHK melaporkan. Pemprosesan minyak mentah di China, pengimport minyak terbesar di dunia, bulan lalu jatuh ke tahap terendah setiap hari sejak bulan Mei 2020 ekoran daripada kilang persendirian mengurangkan pengeluaran di tengah-tengah kuota yang lebih ketat, inventori yang tinggi dan keuntungan yang lemah. Sementara itu, Reuters memetik sumber bahawa OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia, percaya pasaran minyak tidak memerlukan lebih banyak minyak berbanding yang mereka rencanakan untuk dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget