empty
 
 

31.05.201721:38:00UTC+00Wall Street Mendatar Berikutan Saham Defensif Meningkat, Kewangan Menurun

Pasaran dagangan bagi Nasdaq berteknologi tinggi naik sebanyak 2.5 peratus pada bulan Mei dan mencatatkan kemenangan tujuh bulan yang berturut-turut, meruoakan antara yang paling lama sejak tahun 2013.

Dow Jones Industrial Average merosot sebanyak 0.1 peratus untuk berakhir pada paras dagangan sebanyak 21,008.65, manakala Goldman Sachs memimpin kepada kerugian serta Pfizer merupakan antara sektor pelaburan terbaik. S & P 500 turun sebanyak 0.05 peratus untuk ditutup kepada paras dagangan sebanyak 2,411.80, susulan daripada kewangan membawa empat sektor ke bawah sementara sektor utiliti berada dalam kedudukan yang lebih baik. Nasdaq Composite susut sebanyak 0.08 peratus kepada paras dagangan sebanyak 6,198.52.

Sektor kewangan telah melonjak lebih daripada 20 peratus selepas pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada prospek rangsangan fiskal dan pembatalan kawal selia di bawah Presiden Donald Trump. Walau bagaimanapun, ia sedang bergelut. Sektor ini adalah sebanyak 0.3 peratus lebih rendah pada tahun ini.

JPMorgan menyalahkan turun naik yang lebih rendah untuk mencatatkan kerugian sebanyak 15 peratus dalam hasil dagangan pada suku kedua berbanding tahun 2016. Bank of America (BofA) berkata hasil perdagangan pada suku semasa dijangka berkurangan kepada 10 hingga 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pasaran urusniaga saham JPMorgan turun sebanyak 2.1 peratus dan Bank of America susut sebanyak 1.9 peratus, berikutan daripada kedua-duanya terjejas yang paling banyak terhadap S & P 500. Goldman Sachs jatuh sebanyak 3.3 peratus, sambil menambah tekanan yang paling tinggi kepada Dow.

Sektor saham defensif seperti utiliti melonjak sebanyak 0.46 peratus manakala telekomunikasi menokok sebanyak 0.35 peratus. Dagangan bagi sektor saham tenaga menurun sebanyak 0.4 peratus susulan daripada pasaran dagangan bagi harga minyak mencatatkan penurunan kepada tiga minggu rendah.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS


Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget