empty
 
 
22.11.2013 01:03 PM
Kajian Fundamental Pasaran Forex untuk 22 November, 2013

EUR/USD, GBP/USD.

Pasangan mata wang tunggal telah aktif di tengah-tengah spekulasi indeks PMI pada hari semalam. Data PMI di Perancis adalah merupaka data pertama yang dikeluarkan; seterusnya kedua-dua PMI Pembuatan dan Perkhidmatan juga telah dikeluarkan. Di tengah-tengah data indeks mulai jatuh. PMI Jerman meningkat secara sederhana, indeks di zon Euro adalah sedikit lebih rendah daripada yang dijangkakan (PMI Pembuatan 51.5 berbanding 51.6, PMI Perkhidmatan 50.9 berbanding 51.9). Dalam ucapannya, Mario Draghi memberikan petunjuk bahawa pengenalan kadar negatif adalah tidak dijangkakan dalam masa terdekat. Euro meningkat sebanyak 43 mata.

Data UK mengenai Jangkaan Pesanan Perindustrian CBI bagi bulan November mencatatkan 11 berbanding -4 pada bulan Oktober dan ramalan 0. British Paun meningkat sebanyak 95 mata.

Di Amerika Syarikat, tuntutan pengangguran awal pada minggu lalu mencatatkan 323K berbanding 333K. PMI Pembuatan di Amerika Syarikat bagi November (bacaan awal) meningkat daripada 51.8 pada bulan Oktober kepada 54.3, yang menyumbang kepada kenaikkan indeks pasaran saham. Malahan didapati terdapat penurunan sebulan dan ada kemungkinan untuk harga berdagang dalam aliran yang sebaliknya.

Hari ini pada jam 11:00 UTC +4 KDNK Jerman bagi suku ketiga akan dikeluarkan pada anggaran akhir. Ia dijangkakan akan menjadi rata, 0.3%. Pada jam 13:00 UTC +4 Indeks Klimaks Perniagaan Jerman bagi bulan November akan dikeluarkan; ramalan mengunjurkan sebanyak 107.9 berbanding 107.4 pada bulan Oktober. Jualan runcit di Itali dijangkakan akan menjadi lebih baik pada bulan Oktober, 0.4% berbanding 0.0% pada bulan Ogos. Tidak terdapat sebarang berita yang berkaitan Amerika Syarikat untuk hari ini. 

Namun begitu, kami tidak menganggap bahawa data yang kuat ke atas Jerman dan Itali boleh membawa keyakinan tambahan kepada keadaan tempatan. Data tuntutan pengangguran awal pada hari semalam telah menunjukkan tanda-tanda jelas data bukan perladangan yang kukuh pada bulan November, kita menjangkakan ia akan mencatatkan kira-kira 210,000. Dalam kes ini, purata tiga bulan berkemungkinan menjadi 207K berbanding 200K. Peningkatan kebimbangan ini akan menghalang pertumbuhan mata wang yang diniagakan berbanding dolar AS.

Mungkin pengukuhan harga belum selesai, walau bagaimanapun, pada gambaran yang terdekat ini, kami menjangkakan bahawa akan terdapat penurunan bagi mata wang euro ke tahap 1.3405, dan kemudiannya ke tahap 1.3345/70; sasaran pertama untuk pound British terletak pada tahap 1.6120, dan seterusnya ke tahap 1.6060/70 dan 1.5985-1.6000.

 

This image is no longer relevant

This image is no longer relevant

USD/JPY.

Pada dagangan hari semalam, mata wang yen telah meningkat sebanyak 112 mata, dimana ini adalah merupakan peningkatan terbesar untuk tempoh dua bulan. Sebab utama yang menyumbang kepada kenaikkan mata wang yen adalah pertumbuhan Nikkei225 sebanyak 1.9%. Pada jam 07:00 UTC +4 indeks telah menokok sebanyak 1.38% dan yen berkemungkinan akan mencecah pada tahap tinggi 8 Julai iaitu pada taahp 101.52. Walau bagaimanapun, pasaran Jepun telah meningkat berikutan pasaran Amerika Syarikat, di mana Dow Jones berada di paras tertinggi dalam sejarah dan para pelabur hanya menunggu masa yang tepat untuk menetapkan keuntungan. Kes sedemikian berpotensi untuk berlaku semula pada 27 November, apabila data mengenai Pesanan Barangan Tahan Lama untuk bulan Oktober dikeluarkan; ramalan mengunjurkan -1.7 berbanding pertumbuhan 3.7% pada bulan September.

Pada jam 9:00 UTC +4 Bank of Japan akan menerbitkan laporan bulanan. Tahap sasaran inflasi 2% gagal untuk dicapai. Majoriti pakar Jepun berangapan bahawa inflasi akan mencapai sasaran hanya pada suku pertama tahun hadapan, pada tahap 0.95%, selepas kejatuhan 0.7% diperhatikan dan kemudiannya bank Negara akan dipaksa untuk menggunakan kitaran baru penurunan nilai mata wang yen.

Sebahagiannya, pertumbuhan pasaran saham Jepun adalah dihubungkan dengan ketidakstabilan di rantau Asia Barat Daya, pertama sekali di negara Thailand dan Indonesia.

Kami menganggap bahawa kepentingan spekulatif pelaburan pada pasaran Jepun akan dikekalkan lebih lama berbanding untuk orang lain sebelum kemungkinan pengurangan program rangsangan Amerika Syarikat. Masing-masing, kami menjangkakan bahawa saluran mendatar wide range pada 100.40-101.80 (dengan mengambil kira keinginan pelabur untuk menetapkan keuntungan) dengan tekanan biasa untuk pergerakan arah atas. 

 

This image is no longer relevant

 

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Jun kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget