empty
 
 
03.10.2018 12:32 PM
Analisis Fundamental EUR/JPY untuk 3 Oktober 2018

Pasangan mata wang EUR / JPY telah sedikit berada dalam keadaan yang tidak menentu di tengah-tengah kecenderungan penurunan baru-baru ini selepas momentum kenaikan harga yang konsisten dalam pasangan itu sejak mata wang itu melantun pada kawasan 125.50 pada bulan Ogos. EUR telah menjadi mata wang dominan dalam pasangan itu, sedangkan JPY bergelut untuk kelemahan selanjutnya berbanding EUR.

Minggu ini, walaupun data ekonomi yang lebih merosot daripada jangkaan dari Jepun, pertumbuhan dalam mata wang JPY berbanding EUR kekal tidak terjejas. JPY terutamanya memperoleh momentum selepas persidangan ECB yang mendedahkan sikap yang lembut. Selain itu, zon Eropah mengeluarkan siri laporan PMI yang lemah. Pada hari ini tiada laporan makroekonomi yang diterbitkan, namun pada hari Jumaat laporan Pembelanjaan Isi Rumah Jepun adalah dijangka berkurangan menjadi 0.0% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.1%, Purata Pendapatan Tunai dijangka berkurang menjadi kepada 1.3% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak 1.6% tetapi Penunjuk Utama dijangka meningkat kepada 104.3% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 103.9%.

Sebaliknya, EUR masih lagi bercampur dengan data ekonomi yang baru diterbitkan yang mengekalkan momentum yang tidak menentu bagi mata wang di pasaran. Walaupun hari cuti, Hari Perpaduan Jerman, hari ini, PMI Perkhidmatan Sepanyol diterbitkan dengan penurunan kepada paras bacaan sebanyak 52.5 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 52.7 yang dijangka meningkat kepada bacaan sebanyak 52.9, PMI Perkhidmatan Itali meningkat kepada bacaan sebanyak 53.3 daripada angka sebelumnya iaitu 52.6 yang dijangka pada paras bacaan sebanyak 52.8, PMI Perkhidmatan Akhir Perancis meningkat kepada bacaan sebanyak 54.8 yang dijangka tidak berubah pada 54.3, dan PMI Perkhidmatan Akhir Jerman menurun kepada bacaan sebanyak 55.9 yang juga dijangka tidak berubah pada bacaan sebanyak 56.5. Selain itu, PMI Perkhidmatan Akhir zon Eropah diterbitkan tidak berubah seperti yang dijangkakan pada bacaan sebanyak 54.7 dan laporan Jualan Runcit diterbitkan dengan sedikit peningkatan kepada -0.2% daripada nilai sebelumnya sebanyak -0.6% tetapi gagal memenuhi jangkaan 0.2%.

Berikutan daripada Jepun tidak menyediakan data ekonomi sehingga hari Jumaat, EUR boleh mengambil kesempatan dan mendapatkan momentum tertentu. Tetapi bacaan yang tidak menentu memegang harga kembali dalam julat tanpa tekanan pasti di kedua-dua belah pasaran. Sekiranya laporan ekonomi Jepun menunjukkan angka-angka yang lebih baik daripada yang dijangkakan pada hari-hari akan datang, tekanan penurunan harga dijangka terus meningkat.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran dagangan harga telah cukup impulsif dengan perolehan kenaikan harga hari ini yang bermula dengan lantunan tahap dinamik 20 EMA dan kawasan sokongan 131.00. Walaupun tekanan kenaikan harga jangka panjang, harga telah cukup impulsif dengan momentum penurunan harga baru-baru ini yang dijangka terus mendorong ke tahap yang lebih rendah sekiranya harga berjaya merosot di bawah kawasan 131.00 dengan sesi penutupan harian yang membawa harga ke kawasan 129.50 pada hari-hari yang akan datang . Berikutan daripada harga kekal di bawah kawasan 132.00, tekanan menurun adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 131.00, 129.50

RINTANGAN: 132.00

KECENDERUNGAN: MENAIK

MOMENTUM: VOLATILITI

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget