empty
 
 
07.08.2019 10:38 AM
Ramalan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 7 Ogos. Pertukaran baru di antara London dan Brussels

EUR/USD – Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Seperti yang diperhatikan pada carta 4 jam, pasangan mata wang EUR/USD ini telah jatuh ke tahap Fibo 76.4% (1.1180), selepas pembentukan penurunan harga pada indikator MACD. Walau bagaimanapun, pemulihan pasangan mata wang Eruo/Dolar ASdari tahap pembetulan ini telah berjaya memihak kepada euro dan menaik semula. Walaupun terdapat pertumbuhan pasangan dalam 3 hari terakhir dengan lebih daripada 200 mata, terdapat beberapa sebab makroekonomi untuk ini. Tidak ada laporan ekonomi yang penting yang boleh menyebabkan tindak balas pasaran forex sedemikian, laporan yang sering dilakukan menyokong Dolar AS, bukan euro. Oleh itu, saya percaya bahawa peniaga kini berada di tahap apabila keuntungan ditetapkan pada transaksi yang dibuka sebelum ini, strategi baru untuk minggu-minggu akan datang sedang dibangunkan. Tahap minimum 1 Ogos mungkin bahagian bawah untuk pasangan mata wang EUR/USD. Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat semakin mendapat momentum, dan ini boleh menyebabkan keperluan Fed mengurangkan kadar sekali gus, dan banyak lagi. Ini adalah faktor yang mengekalkan peniaga-peniaga dari penjualan kuat mata wang euro. Juga, kenyataan bahawa pasangan mata wang ini berdagang di sekitar tahap rendah 2 tahun. Dan secara psikolognya pada tahap ini, sangat sukar untuk secara aktif menjual. Jika berita itu akan terus menyumbang kepada kejatuhan euro, maka pasaran pasti akan terus membeli Dolar AS, tetapi sejak 8 bulan yang lalu, mata wang EU jatuh hanya 5 sen.

Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem 23 Mei 2019, dan 25 Jun 2019.

Ramalan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD:

Pasangan mata wang EUR/USD membuat lantunan semula harga dari tahap pembetulan 76.4% (1.1180). Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang Euro/Dolar AS pada hari ini dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1260 dan 1.1296, dengan pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.1224, jika tahap 61.8% ini berjaya ditembusi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menjual pasangan mata wang ini dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1180 dan 1.1107, sementara pesanan stop-loss di atas tahap 1.1224 jika lantunan semula harga dari tahap pembetulan 61.8% dillihat.

GBP/USD – Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Baru-baru ini, saya menulis mengenai prospek Brexit dan impaknya pada Pound sterling dalam tempoh tiga bulan akan datang. Hari ini, diketahui bahawa Suruhanjaya Eropah pertama kali melaporkan bahawa "ia tidak melihat alasan untuk rundingan baru mengenai terma Brexit", dan kemudian, terdapat mesej dari Michael Gove, menteri yang bertanggungjawab untuk membuat Brexit tanpa perjanjian, berkata bahawa kerajaan "sangat kecewa bahawa EU tidak mahu memasuki rundingan baru." Dan pada ketika ini, ada satu persoalan yang sangat menarik: atas sebab apa sebenarnya, Kesatuan Eropah sepatutnya mahu rundingan baru dengan London? Ia adalah Britain yang menyatakan keinginannya untuk menarik diri daripada Perikatan tiga tahun lalu. Rundingan dengan Theresa May mengambil masa yang lama, tetapi keputusan mereka tidak memuaskan Parlimen British. Sekarang kerajaan telah berubah, Boris Johnson mahu merundingkan semula kontrak dengan Theresa May. Apa-apa persoalan mengenai konsesi dari UK tidak mungkin. Johnson hanya mahu menghapuskan perjanjian dari "titik belakang", satu mekanisme yang akan mengawal hubungan antara Ireland dan Inggeris di sempadan. Tetapi sbeliau mungkin mahu mengeluarkan perkara itu dengan membayar 50 bilion pampasan untuk meninggalkan EU. Kenapa harus Kesatuan Eropah membuat konsesi serius, dan bahkan dalam isu-isu asas? Lebih lanjut, tidak jelas bagaimana Boris Johnson akan mendapatkan kelulusan Brexit "Tanpa Perjanjian" di Parlimen atas undian? Tiada jawapan kepada mana-mana soalan ini. Dan pound sterling hanya kekal di satu tempat, pasaran tidak tahu ke mana arah harga akan bergerak? Walaupun pasangan mata wang Pound/Dolar AS kini didagangkan di bawah tahap pembetulan 127.2% (1.2180), mengekalkan peluang penurunan selanjutnya ke arah tahap pembetulan 161.8% (1.1853).

Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem 3 Januari 2019, dan 13 Mac 2019.

GBP/USD – Carta 1 Jam

This image is no longer relevant

Seperti yang dilihat pada carta 1 jam, pasangan mata wang Pound/Dolar AS secara amnya terus bergerak di antara tahap pembetulan 200.0% (1.2227) dan 261.8% (1.2057), selepas pembentukan penurunan harga pada indikator MACD. Terdapat sedikit condong menaik. Lebih penting lagi ialah carta 4-jam, yang mempunyai penarikan semula harga yang jelas, perbezaan yang lemah dan percubaan kedua peniaga yang tidak berjaya di atas tahap 127.2%.

Grid Fibo adalah pada tahap ekstrem 18 Jun, 2019, dan 25 Jun 2019.

Ramalan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD:

Pasangan mata wang GBP/USD berpotensi untuk meneruskan aliran menurun. Oleh itu, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang ini dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1853, dengan kehilangan stop loss melebihi tahap 1.2180, jika pemulihan harga dari tahap pembetulan 127.2% (carta 4 jam) dilaksanakan. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk membeli pasangan mata wang ini dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.2334 dan Stop Loss di bawah tahap 200.0% (carta 1 jam) jika harga menutup di atas tahap 1.2180.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $1000 lebih lagi!
    Dalam Jun kami membuat cabutan bertuah $1000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget