empty
 
 
07.04.2020 10:13 AM
GBP/USD. 7 April. Aliran menurun tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk melanjutkan aliran menurun. Walau bagaimanapun, lantunan harga pada dua pasangan mata wang dari rintangan penting berpotensi untuk meningkatkan tekanan penurunan harga

Pasangan Mata Wang GBP/USD – Carta 1 Jam

This image is no longer relevant

Selamat petang, pedagang! Menurut carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat pengukuhan harga di bawah koridor mendatar, yang membolehkan kami menjangkakan penurunan dalam sebut harga. Walau bagaimanapun, garis arah aliran menurun yang berlaku pada hari semalam gagal menahan serangan aliran menaik. Walau bagaimanapun, struktur kenaikan harga tidak diteruskan. Sebut harga pasangan mata wang ini sekali lagi membuat pembalikan memihak kepada mata wang Amerika Syarikat, yang membolehkan saya membangunkan garis aliran menurun yang baru. Pada masa ini, pasangan mata wang Pound/Dolar AS sekali lagi menghampiri garis ini dan cenderung untuk menutup di atasnya. Jika sebut harga kekal berada di atas garis ini, saya percaya bahawa pound tidak akan mendapat peluang tambahan untuk meningkat. Tetapi lantunan semula harga dari garis aliran akan memihak kepada mata wang Amerika Syarikat dan beberapa penurunan. Dan penutupan harga ini boleh digunakan sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan menjual.

Pasangan Mata Wang GBP/USD – Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Seperti yang diperhatikan pada carta 4-jam, pasangan mata wang GBP/USD meninggalkan kawasan tiada tren yang ditunjukkan oleh segi empat biru, tetapi ia tidak jauh dari situ. Tahap pembetulan 50.0% (1.2303) telah ditetapkan, tetapi ia tidak meneruskan struktur menuurun. Divergensi yang tinggi dalam indikator CCI membenarkan pasangan mata wang ini untuk melakukan pembalikan harga yang memihak kepada Pound dan kembali ke tahap Fibo 50.0%. Lantunan semula sebut harga pada 7 April dari tahap ini akan kembali memihak mata wang Dolar AS dan beberapa penurunan ke arah tahap pembetulan 38.2% (1.2095). Menetapkan kadar pertukaran pasangan mata wang GBP/USD di atas tahap Fibo 50.0% akan meningkatkan kebarangkalian pertumbuhan selanjutnya ke arah tahap pembetulan seterusnya iaitu 61.8% (1.2516). Divergensi baru pada 7 April tidak membentuk sebarang petunjuk.

Pasangan Mata Wang GBP/USD – Carta Harian

This image is no longer relevant

Merujuk kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah membuat pembalikan yang memihak kepada mata wang Amerika Syarikat dan menjunam di bawah tahap Fibo 76.4% (1.2327). Oleh itu, kejatuhan sebut harga boleh diteruskan ke arah tahap pembetulan seterusnya 100.0% (1.1959). Latar belakang maklumat sekarang tidak menyokong sama ada aliran menaik atau menurun. Dan pada dasarnya, ia tidak dapat digambarkan sebagai "penting" atau bahkan "sekarang". Boris Johnson telah dimasukkan ke hospital semalam kerana keadaan kesihatanya yang semakin teruk semasa langkah pengasingan diri dibuat akibat jangkitan koronavirus.

Pasangan Mata Wang GBP/USD – Carta Mingguan

This image is no longer relevant

Pada carta mingguan, pasangan mata wang Pound/Dolar AS telah membuat penembusan harga palsu pada garis arah aliran yang lebih rendah. Oleh itu, sehingga sebut harga pada pasangan mata wang ini ditetapkan di bawah garis harga ini, terdapat kebarangkalian pertumbuhan yang tinggi ke arah dua garis aliran lebih tinggi. Ini adalah satu-satunya carta yang cenderung untuk meningkatkan pasangan. Tetapi kerana ia adalah jangka panjang, pilihan dengan kejatuhan dan pemulihan pertumbuhan selanjutnya dibenarkan.

Tinjauan Fundamental:

Tiada laporan ekonomi yang telah dikeluarkan di UK pada Isnin. Semua berita yang berkaitan dengan kes-kes baru virus COVID-2019, serta kemasukan Perdana Menteri Boris Johnson ke hospital.

Kalendar berita ekonomi untuk AS dan UK:

Sehingga 7 April, kalendar berita UK dan Amerika Syarikat tidak mengandungi sebarang laporan atau peristiwa penting.

Hari ini, para peniaga tidak lagi perlu memberi perhatian.

Laporan COT (Komitmen Peniaga):

This image is no longer relevant

Pada Jumaat, satu laporan COT baru telah dikeluarkan dan ia sekali lagi menunjukkan pengurangan dalam jumlah kontrak di tangan pemain pasaran utama. Pesanan membeli kehilangan 15,000, dan pesanan menjual - 14,000. Oleh itu, pound British terus kehilangan minat dari pemain utama. Semakin banyak jumlah kontrak yang tertumpu di tangan pemain utama - pesanan membeli. Walau bagaimanapun, kelebihannya adalah kecil. Memandangkan laporan itu merangkumi tarikh akhir 31 Mac (tarikh apabila proses pertumbuhan akan berakhir), kini kemungkinan besar sebut harga akan jatuh. Spekulator, dengan cara itu, tidak suka pound Britain sama sekali. Bilangan kontrak tertumpu di tangan kumpulan "Bukan komersil" sangat rendah. Spekulator tidak beranggapan Pound sebagai mata wang yang menarik untuk keuntungan.

Ramalan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD:

Saya percaya hari ini kita harus mempertimbangkan untuk menjual Dolar British dengan sasaran terletak pada tahap 1.2095. Walau bagaimanapun, untuk melakukan ini, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya dua isyarat: penembusan harga dari garis arah aliran pada carta 1 Jam, dan peenmbusan harga dari tahap 1.2303 pada carta 4-jam. Saya percaya bahawa pembelian tidak digalakkan sekarang, kerana tidak ada isyarat untuk pesanan tersebut, dan potensi pertumbuhan, dari sudut pandangan saya, sangat lemah bagi Pound British.

Syarat:

"Bukan komersil" - pemain utama pasaran: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, firma, bank, syarikat, syarikat yang membeli mata wang untuk memastikan aktiviti semasa atau operasi eksport-import.

"Pesanan tidak dilaporkan" - pedagang kecil yang tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap harga.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget