empty
 
 
19.05.2020 02:40 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 19 Mei. Dagangan Pound secara terus menderita ekoran kegagalan perjanjian dengan EU. Pegawai AS secara terus membuat tuduhan terhadap China.

Carta masa 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Average (20;) - menurun.

CCI: -120.8191

Pound Britain juga memulakan pergerakan menaik pada hari perdagangan pertama minggu ini, tetapi dalam hal ini, kami sedang membincangkan pembetulan terhadap arah aliran menurun. Pergerakan aliran menaik sedikit kuat; pasangan itu melepasi lebih dari 140 mata pada urusniaga harian. Oleh kerana pasangan ini telah keluar dari saluran mendatar sebelumnya, pasaran secara terus mempertimbangkan pilihan dengan kesinambungan aliran menurun sebagai yang utama. Oleh demikian, kami menjangkakan pemulihan dari moving average dan kesinambungan semula pergerakan menurun dengan sasaran 1.2085 atau lebih rendah. Sebilangan besar penerbitan makroekonomi secara terus diabaikan oleh pedagang, tetapi kini latar belakang asas adalah penting bagi pasangan ini. Dan senario itu tetap tidak memihak kepada mata wang Britain. Justeru, pound kembali berada di bawah tekanan pasaran.

Kami telah banyak kali membincangkan latar belakang asas umum, bahkan sebelum penularan wabak "coronavirus" di seluruh dunia, yang paling banyak mempengaruhi United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sebelum wabak itu mengambil alih, kedudukan pound Britain sudah kelihatan sangat tidak menarik kerana Brexit, dasar "keras" Boris Johnson dalam rundingan dengan Kesatuan Eropah mengenai perjanjian yang akan beroperasi setelah selesainya proses "perceraian". Ekonomi Kerajaan juga mengalami masalah yang jauh lebih besar daripada, sebagai contoh, negara Amerika, yang hanya mengalami perang dagangan dengan China. Tetapi dengan berlakunya wabak itu, keadaan menjadi semakin teruk. Dan kebimbangan terbesar adalah kegagalan perjanjian perdagangan dengan EU dan AS dan kebarangkalian yang tipis terhadap proses penandatanganan mereka dalam tempoh masa terdekat. Oleh demikian, dalam jangka masa panjang, pound Britain akan terus berada di bawah tekanan yang ditanggungnya sejak tahun 2014 (ketika gelombang kedua penurunan nilai pound Britain bermula).

Bagi statistik makroekonomi biasa, kini menjadi lebih teruk di Britain berbanding di kebanyakkan negara yang juga terkena wabak COVID-2019. Sudah tentu, terdapat pemimpin yang lebih yakin dalam kejatuhan ekonomi, tetapi UK tidak jauh dari mereka. Laporan seterusnya mengenai keadaan ekonomi akan dipaparkan pada hari ini. Sekiranya kadar pengangguran untuk bulan Mac tidak menimbulkan kebimbangan serius (dijangka meningkat dari hanya 4.0% menjadi 4.4%), maka jumlah permohonan yang dikemukakan oleh rakyat Britain untuk faedah pengangguran mungkin meningkat dengan mendadak. Ramalannya adalah +150 ribu permohonan baru pada bulan April dengan nilai "normal" + -25 ribu. Juga hari ini, pasaran akan menerbitkan laporan mengenai kadar upah untuk bulan Mac dengan ramalan + 2.6% dan + 2.7% (dengan dan tanpa bonus), tetapi kami telah berulang kali mengatakan bahawa laporan ini pada masa kini adalah paling tidak penting bagi peserta pasaran.

Pada sebelah petang, akan berlangsungnya ucapan Jerome Powell di Kongres. Retorik Powell tidak menimbulkan masalah. Apakah yang boleh dibincangkan oleh ketua Rizab Persekutuan, sekiranya bukan kepada perkara mengenai kejutan ekonomi wabak, kejatuhan ekonomi, dan pertumbuhan pengangguran? Pada dasarnya, Powell telah membahaskan perkara tersebut pada hujung minggu lalu dan telah menyatakan bahawa pada suku kedua, ekonomi AS boleh menurun sebanyak 20%, dan kadar pengangguran dapat meningkat hingga 25%. Terutamanya, ramalan Jerome Powell lebih tinggi daripada yang sebelumnya diberikan oleh Jabatan Tenaga Kerja AS. Pengerusi Fed juga mengatakan bahawa kerajaan AS perlu secara terus memberikan bantuan kepada golongan isi rumah selama tempoh beberapa bulan lagi untuk membantu mereka mengatasi kesan kemerosotan ekonomi. Sebagai tambahan, Powell mengatakan bahawa Kongres dan Fed akan memerlukan lebih banyak pertolongan untuk rakyat dan pekerja Amerika, dan ekonomi akan pulih secara beransur-ansur. Perkara utama yang akan menentukan masa dan kadar pemulihan adalah hasil perjuangan dalam membendung penularan wabak "coronavirus". Ini termasuk mencipta vaksin dan mengurangkan jumlah kes. Tambahan itu, berdasarkan data terbaru, hampir 1.5 juta kes penyakit ini dan hampir 90 ribu kematian telah dicatatkan di Amerika.

Sementara itu, AS telah menerima pertuduhan baru terhadap China dalam penyebaran "coronavirus". Kali ini dari Pengarah Majlis Perdagangan Kebangsaan, Peter Navarro. Beliau berkata: "Mari kita melihat kepada fakta-fakta. Sila betulkan saya sekiranya saya salah: virus itu telah dicipta di Wuhan, jumlah sifar pesakit direkodkan pada bulan November. China bersembunyi di belakang WHO dan menyembunyikan virus dari dunia selama tempoh dua bulan, dan pada masa itu dan sesudahnya, pihaknya menghantar ratusan ribu warga China melalui penerbangan pesaawat ke Milan, New York, dan di seluruh dunia untuk menyebarkan wabak itu. China boleh mengekalkan wabak itu hanya di Wuhan, tetapi ia menjadi pendemik susulan daripada tiada tindakan segera yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa China. Faktor tersebut merupakan alasan bagi saya mengatakan bahawa warga China telah menyakiti warga Amerika, dan mereka akan bertanggungjawab atasnya. "Kami akan mengingatkan bahawa retorik sebelumnya telah disuarakan oleh Donald Trump dan Mike Pompeo, yang mendakwa bahawa terdapat sejumlah besar bukti rasa bersalah dari Institut Virologi Wuhan dan pihak berkuasa China, tetapi mereka belum didedahkan kepada warga umum.

Sekiranya anda cuba melihat keadaan secara keseluruhan, pound kini mungkin tetap berada di atas garisan moving average dan menguat menjadi AS$ 1.23 atau AS$ 1.24. Walau bagaimanapun, senario ini akan selalu menjadi pembetulan. Semua negara di dunia pada saat ini mengalami sejumlah besar masalah. Sebagai contoh, pada akhir minggu lalu, juga diketahui bahawa pakej bantuan baru untuk ekonomi Amerika, yang dianggarkan bernilai 3 trilion dolar, mungkin tidak akan diagihkan dalam tempoh waktu terdekat. Ini semua adalah berpunca daripada perselisihan antara Republikan dan Demokrat. Kali ini, Parti Republik hampir menyekat inisiatif Demokrat untuk memperuntukkan sejumlah bantuan baru, dengan menyebutnya sebagai usaha untuk mempromosikan diri mereka dengan perbelanjaan anggaran. Oleh demikian, sering kali sukar untuk mengetahui di mana keadaannya lebih teruk pada masa ini.

This image is no longer relevant

Volatiliti purata bagi pasangan mata wang GBP / USD kekal stabil dan kini berdagang sebanyak 123 mata. Oleh demikian, pada hari Selasa, bersamaan 19 Mei, pasaran menjangkakan pergerakan di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.2070 dan 1.2316. Menggerakkan indikator Heiken Ashi ke bawah akan menunjukkan kemungkinan penyelesaian pembetulan aliran menaik.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.2146

S2 – 1.2085

S3 – 1.2024

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.2207

R2 – 1.2268

R3 – 1.2329

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP / USD mula menyelaraskan bertentangan dengan arah aliran menurun pada carta masa 4 jam. Justeru, adalah dicadangkan pada masa kini untuk menunggu pembetulan selesai dan meneruskan perdagangan dalam aliran menurun dengan sasaran 1.2146 dan 1.2085 jika harga melonjak dari garis MA atau dalam senario pembalikan indikator Heiken Ashi menurun. Adalah dicadangkan untuk membeli pasangan mata wang paun / dolar tidak sebelum penetapan harga di atas moving average dengan sasaran pertama 1.2329 dan 1.2390.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget