empty
 
 
27.05.2020 03:21 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 27 Mei. Adakah gelombang kedua wabak "coronavirus" bermula di Amerika Syarikat? Warga Amerika secara besar-besaran melanggar perintah kawalan berkurung. Britain menolak Huawei.

Carta masa 4-jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Average (MA) (20;lancar) - menaik.

CCI: 205.5926

Urusniaga Pound Britain melonjak dengan mendadak berbanding mata wang AS pada hari perdagangan kedua minggu ini. Pada masa yang sama, seperti dalam mata wang euro, sukar bagi kita untuk mengatakan apa yang menyebabkan tingkah laku peserta pasaran ini. Memandangkan hakikat bahawa kedua-dua mata wang euro dan pound telah menaikkan harga secara serentak, anda perlu mencari alasan sama ada di AS atau sama sekali tidak mencarinya. Kami mengingatkan anda bahawa pasaran pertukaran asing mempunyai sebilangan besar pemain pasaran utama, syarikat antarabangsa, sindiket, konglomerat, bank, bank pusat, bank pelaburan, dan sebagainya. Mana-mana peserta boleh membeli atau menjual sejumlah besar dolar atau mata wang lain pada bila-bila masa, yang akan menyebabkan peningkatan penawaran dan permintaan mata wang tertentu. Oleh demikian, adalah mungkin satu atau lebih pedagang besar menjual sejumlah dolar yang memberangsangkan di pasaran pertukaran asing, yang menyebabkan kejatuhan. Kami tidak melihat alasan asas atau makroekonomi untuk kejatuhan mata wang AS pada hari Selasa. Dan kerana tiada alasan dan sebab untuk kejatuhan dolar, pertumbuhannya mungkin akan disambung pada hari esok.

Walaupun pound Britain mendadak dan tanpa disangka meneruskan pergerakan menaik berbanding dolar AS, berita mengecewakan mengenai wabak "coronavirus" mulai tiba dari Amerika Syarikat. Perlu diingatkan bahawa menurut data terbaru, sejumlah 1.663 juta kes "virus Cina" telah direkodkan di Amerika. Hampir sejumlah 100,000 kematian susulan daripada jangkitan wabak itu juga telah direkodkan. Presiden Donald Trump mengaitkan kadar jangkitan dan kematian yang tinggi ini kepada sebilangan besar ujian yang telah dilakukan, "jauh lebih banyak berbanding dari negara lain di dunia". Namun, kita telah menulis bahawa sekitanya kita menilai indikator relatif "jumlah ujian yang dilakukan setiap 1000 populasi", maka Amerika Syarikat juga tidak termasuk dalam kedudukan lima teratas. Tetapi, sebaliknya, jumlah yang tinggi ini juga dijelaskan oleh penduduk yang jauh lebih besar di Amerika Syarikat dari kebanyakkan negara lain di dunia. Walau bagaimanapun, banyak media masih percaya bahawa pentadbiran Trump harus disalahkan kerana virus itu tersebar di seluruh negara. Dan Trump menyalahkan WHO dan China. Namun, Amerika mula secara perlahan-lahan melonggarkan langkah-langkah perintah berkurung dan semua ini menyebabkan fakta bahawa pada 25 Mei, pada Hari Peringatan, ribuan warga Amerika bergegas ke laut dan tasik, tanpa memerhatikan langkah-langkah jarak sosial dan tanpa memakai topeng penutup muka. Internet dibanjiri dengan gambar dari kawasan riadah pantai yang secara umumnya dibanjiri dengan orang. Dilaporkan bahawa di beberapa bandar dan negeri, kemasukan orang ke pantai begitu besar sehingga kesesakan berlaku di tempat letak kerata. Menurut Johns Hopkins University, lekukan kadar pertumbuhan penyakit di Amerika Syarikat tidak menurun, yang bermaksud bahawa virus ini menyebar pada kadar yang sama, tidak seperti, sebagai contoh, di Kesatuan Eropah, di mana " lekuk "mula menunjukkan penurunan yang serius dalam wabak ini. Oleh demikian, penghapusan tindakan langkah kuarantin atau pelonggarannya di Eropah memang wajar, tetapi tidak di AS. Walau bagaimanapun, Donald Trump ingin memulakan semula ekonomi negara untuk meningkatkan peluang belia dipilih semula pada bulan November. Bahkan beliau sanggup mengorbankan warga Amerika untuk mencapai matlamat. Pada masa yang sama, adalah tidak jelas bahawa pemimpin AS sendiri mematuhi sekurang-kurangnya beberapa langkah kuarantin. Tidak ada yang pernah melihat Presiden AS memakai topeng penutup muka, dan sebagai sebahagian dari kempen pilihan raya, Presiden bermaksud untuk mengadakan ribuan tunjuk perasaan di banyak negeri di negara itu. Justeru, kami percaya bahawa Amerika adalah calon pertama yang menerima gelombang kedua wabak ini.

Sementara itu, China akan memanfaatkan kemerosotan hubungan semasa dengan Washington untuk keuntungan mereka. Presiden China Xi Jinping, pada sesi ketiga konvokesyen ke-13 Majlis Penasihat Politik Nasional China, mengatakan bahawa negara itu akan mulai berorientasi secara beransur-ansur dari pertumbuhan ekonomi melalui eksport ke pengembangan pasaran domestik. "Kami percaya bahawa permintaan domestik harus menjamin pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan kuat di China. Kami secara aktif mengembangkan sistem pengguna dalaman, serta secara aktif mengusahakan inovasi dalam sains dan teknologi," katanya. Beberapa pakar percaya bahawa China tidak hanya mempersiapkan hubungan dengan Amerika Syarikat, tetapi juga dengan seluruh negara Barat.

Sejumlah kecil maklumat asas masih muncul dari UK. Topik rundingan Brexit dan Brussels-London secara terus terhenti, walaupun waktu hampir kepada penamatan, pada 1 Julai, negara-negara tersebut perlu secara rasmi menyatakan keputusan mengenai "tempoh peralihan" dan, kemungkinan besar, ia tidak akan dilanjutkan setelah 31 Disember 2020. Namun, rundingan telah terhenti, dan London terus terang tidak ingin mencapai kata sepakat dan menandatangani perjanjian. Oleh demikian, kami percaya bahawa pemerintah Boris Johnson bersedia untuk fakta bahawa tidak akan ada kesepakatan dengan Kesatuan Eropah atau secara terbuka menggertak, berusaha memaksa Perikatan untuk membuat pengizinan. Sama ada perkara ini benar atau tidak, kita akan mengetahui sebelum akhir tahun ini. Kami masih bimbang dengan ekonomi Britain, yang secara terus menderita dari fakta Brexit, dan dari krisis yang disebabkan oleh wabak itu, dan tahun depan juga mungkin mulai menderita kerana kurangnya perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Benar, ini adalah dengan AS. Baru beberapa bulan yang lalu, Donald Trump menjanjikan perjanjian perdagangan "besar dan menguntungkan" kepada Britain yang "pasti akan mendekatkan hubungan kedua-dua negara". Kami, bagaimanapun, bahkan pada saat ucapan oleh Presiden Amerika, percaya bahawa Trump bermaksud "perjanjian yang baik untuk Amerika Syarikat". Namun, sekarang apabila wabak COVID-2019 sedang berkembang dengan pesat di dunia, rundingan juga dihentikan sementara, dan Donald Trump sendiri mungkin meninggalkan jawatannya pada awal tahun 2021. Oleh demikian, adalah sangat mungkin pasukan Boris Johnson akan berunding dengan Presiden AS yang baru.

Pada masa yang sama, UK sedang bersiap untuk sepenuhnya meninggalkan penggunaan peralatan dari syarikat Huawei China dalam rangkaian 5G Britain. Sebelumnya, Boris Johnson telah menolak akses syarikat China ke nod 5G yang paling penting, utama dan terdedah kepada bahaya. Anggota Parti Konservatif Great Britain menganggap isu penyertaan Huawei dalam penubuhan 5G adalah masalah keselamatan negara. Menurut laporan media, keputusan ini dibuat oleh Johnson bukan tanpa pengaruh rakannya Donald Trump, yang sebelumnya mengenakan sekatan terhadap Huawei, yang mempercayai bahawa syarikat itu bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan China dan merugikan Amerika Syarikat.

This image is no longer relevant

Volatiliti purata bagi pasangan mata wang GBP / USD telah meningkat disebabkan semalam dan kini berada pada 85 mata. Walau bagaimanapun, ini masih merupakan nilai penunjuk yang rendah. Pada hari Rabu, 27 Mei, pasaran menjangkakan pergerakan dalam saluran terhad oleh tahap 1.2245 dan 1.2415. Pembalikan indikator Heiken Ashi ke arah aliran menurun akan menunjukkan permulaan pembetulan ke bawah dan kemungkinan kesinambungan semula arah aliran menurun. Penetapan harga di bawah kawasan moving average akan mengesahkan beberapa kekacauan pertumbuhan pound semalam.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.2329

S2 – 1.2268

S3 – 1.2207

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.2390

R2 – 1.2451

R3 – 1.2512

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP / USD pada carta masa 4 jam telah ditetapkan kembali di atas moving average, jadi aliran pergerakan sekali lagi berubah menjadi aliran menaik. Oleh demikian, adalah dicadangkan untuk memperdagangkan pasangan pound / dolar untuk kenaikan dengan sasaran 1.2390 dan 1.2415, sebelum indikator Heiken Ashi menurun. Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan kami, terdapat kebarangkalian tinggi peralihan ke arah penurunan dalam tempoh masa terdekat. Dicadangkan untuk menjual pasangan mata wang pound / dolar ketika penurunan harga kembali ke kawasan di bawah moving average, dengan sasaran 1.2207 dan 1.2146.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget