empty
 
 
17.02.2021 08:55 AM
Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD pada 17 Februari. Laporan COT. Analisis hari Selasa. Cadangan untuk hari Rabu

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 1H

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD sedikit berundur dari paras tinggi tempatan dan 2.5 tahun pada hari Selasa. Dengan kira-kira sebanyak 80 mata, yang mana tidak memberikan sebarang maksud untuk pasangan ini - penarikan semula yang biasa. Oleh itu, peregrakan semalam tidak boleh disebut sebagai pembetulan. Trendline menaik tetap berlaku, jadi kedudukan panjang (membeli) tetap relevan. Pergerakan menurun yang kelihatan jelas bermula pada separuh kedua hari Selasa, tetapi ia berakhir dengan sangat cepat, dan harganya kembali hampir ke kedudukan di mana ia memulakan pergerakan menurun. Oleh itu, penurunan harga gagal merebut inisiatif di pasaran. Akibatnya, dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, pedagang berhak untuk menjangkakan pembaharuan seterusnya nilai maksimum pound Britain, yang masih mempunyai sedikit alasan untuk pertumbuhan. Namun, pasaran secara terus membuang dolar untuk membeli pound. Dalam ulasan terakhir kami, kami mencadangkan membeli pasangan sambil mensasarkan tahap 1.3984 sekiranya pasangan itu menetap di atas tahap 1.3917. Walau bagaimanapun, harga tidak mencapai tahap sasaran, oleh demikian, tawaran dagangan ini ditutup di kedudukan di mana harga jatuh kembali di bawah tahap 1.3917, sehingga membawa kerugian sebanyak 10 mata kepada pedagang. Anda dinasihatkan untuk membuka kedudukan menjual hanya sekiranya harga melepasi trendline, yang tidak berlaku semalam. Oleh demikian, kedudukan pendek (menjual) telah tamat semalam. Sebenarnya, perhatikan bahawa pembalikan menaik yang berlaku sangat hampir dengan garis Kijun-sen dan trendline. Hampir melantun semula.

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta 15M

This image is no longer relevant

Kedua-dua saluran regresi linear tetap menaik pada carta masa 15 minit, dengan jelas menandakan trend menaik dalam jangka pendek. Harapan dan rancangan untuk pembetulan tidak menjadi kenyataan sekali lagi, dan dolar tetap berada dalam kedudukan yang sangat sukar. Kini prospek penurunan harga berada di bawah garis Kijun-sen dan trendline. Tiada keperluan untuk memikirkan penurunan yang berjaya sehingga mereka berjaya mengatasi halangan-halangan ini, juga pembetulan.

Laporan COT

This image is no longer relevant

Pasangan mata wang GBP/USD meningkat sebanyak 80 mata pada minggu pelaporan terakhir (2-8 Februari). Sememangnya pound tidak tergesa-gesa untuk bergerak menaik. Kenaikan harga sangat sederhana - 50-80 mata setiap minggu, tetapi telah stabil sejak lima bulan lalu. Laporan Komitmen Pedagang (COT) terbaru menunjukkan perubahan besar dalam mood pemain besar. Sekumpulan pedagang bukan komersial membuka sejumlah 6,500 ribu kontrak beli (kedudukan panjang) dan menutup sejumlah 4,600 ribu kontrak jual (kedudukan pendek) pada minggu pelaporan. Oleh itu, kedudukan bersih pedagang profesional telah meningkat sebanyak 11,000 kontrak. Memandangkan fakta bahawa jumlah kontrak untuk kumpulan "bukan komersial" sebelum perubahan semasa adalah sekitar 100,000, maka sejumlah 11,000 kontrak untuk mengubah kedudukan bersih adalah banyak. Yang paling penting, pedagang bukan komersial menjadi lebih menaik. Akibatnya, pound boleh terus meningkat dalam jangka masa panjang. Indikator juga menunjukkan kebarangkalian pertumbuhan yang tinggi. Garis hijau dan merah, yang mewakili kedudukan bersih kumpulan bukan komersial dan komersial, secara terus bergerak jauh antara satu sama lain, yang menunjukkan trend pengukuhan. Pedagang profesional percaya pada pound walaupun pada hakikatnya tiada faktor pertumbuhan mata wang ini dari UK.

Tiada acara makroekonomi yang dijadualkan untuk UK dan AS pada hari Selasa. Oleh itu, kesimpulannya adalah sama dengan pasangan mata wang EUR/USD: pergerakan pasangan yang hari ini sedikit aktif dan ketara dikaitkan dengan alasan teknikal. Atau dengan alasan yang di luar jangkauan kebanyakan pedagang. Mungkin terdapat tawaran besar di kalangan pedagang bukan komersial.

Keadaan akhirnya akan menjadi lebih menarik pada hari Rabu. UK akan menerbitkan laporan mengenai inflasi untuk bulan Januari, yang mungkin sedikit menurun berbanding bulan Disember. Oleh demikian, sekiranya ramalan ini menjadi kenyataan, mata wang Britain mungkin sekali lagi mengalami tekanan. Laporan mengenai penjualan runcit di AS akan dikeluarkan selepas waktu tengah hari, yang mungkin juga memberi kesan tidak langsung pada pergerakan pasangan itu. Kami yakin bahawa akan terdapat sedikit atau tiada reaksi daripada pedagang dalam apa jua keadaan.

Kami mempunyai dua idea dagangan untuk 17 Februari:

1) Harga dengan cepat menyelesaikan satu lagi pembetulan yang sangat kecil. Anda dinasihatkan untuk membuka kedudukan membeli baru apabila harga melantun semula dari trendline atau garis Kijun-sen (1.3865) dengan sasaran pada tahap 1.3917 dan 1.3951. Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini akan mencapai 75 mata. Sebarang isyarat lain, dari sudut pandangan kami, mungkin salah, dan pasangan itu sendiri akan cuba memasuki pusingan pembetulan baru pada hari ini.

2) Penjual berusaha untuk mencapai sokongan di bawah trendline pada hari Selasa, tetapi mereka gagal sekali lagi. Oleh demikian, anda dinasihatkan untuk menjual pasangan mata wang GBP/USD sekiranya harga menetap di bawah trendline sambil mensasarkan 1.3776. Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini akan mencapai 70 mata. Anda harus berhati-hati dengan membentuk isyarat sedemikian. Sekiranya mengatasi trendline adalah tajam, dan graf lilin adalah kuat, maka pergerakan menurun yang berjaya mungkin lemah. Sebaik-baiknya, sekiranya harga meningkat sebanyak 10-15 mata di bawah trendline.

Ramalan dan isyarat dagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD

Penjelasan untuk ilustrasi:

Tahap Sokongan dan Rintangan adalah tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Ambil Keuntungan (TP) hampir ke tahap ini.

Garis Kijun-sen dan Senkou Span B adalah garis indikator Ichimoku yang dipindahkan ke carta masa setiap jam dari 4H.

Kawasan sokongan dan rintangan adalah kawasan dari mana harga berulang kali turun.

Garis kuning adalah trendline, saluran trend dan corak teknikal yang lain.

Indikator 1 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih setiap kategori pedagang.

Indikator 2 pada carta COT adalah saiz kedudukan bersih untuk kumpulan "bukan komersial".

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget