empty
 
 
28.06.2021 09:50 AM
Analisis dan Cadangan Dagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD dan GBP/USD pada 28 Jun, 2021.

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Beberapa isyarat pembelian muncul di pasaran pada hari Jumaat, tetapi hanya satu yang berjaya. Ini kerana isyarat pertama muncul ketika garis MACD bergerak dari sifar, sementara selebihnya muncul sewaktu indikator berada di kawasan terlebih belian (overbought). Walaupun begitu, euro berpotensi untuk melonjak naik sekitar 25 pips.

This image is no longer relevant

Cadangan perdagangan untuk 28 Jun

Petunjuk yang buruk mengenai pendapatan dan perbelanjaan Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan penurunan dolar AS, yang seterusnya, mendorong kepada pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD. Tetapi hari ini, pasaran akan tetap tenang kerana satu-satunya acara yang bernilai adalah ucapan yang akan disampaikan oleh ahli lembaga ECB, Fabio Panetta dan Jens Weidmann dan ahli Fed, John Williams. Sudah tentu, pernyataan yang mengejutkan boleh menyebabkan sedikit kenaikkan dalam volatiliti pasaran. Tidak ada statistik makro yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.1945 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1991. Tetapi sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.1918 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.1875. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang EUR/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Beberapa isyarat muncul di pasaran pada hari Jumaat. Isyarat yang pertama adalah pesanan menjual pada tahap 1.3910, yang mengakibatkan penurunan harga sebanyak 15 pips, susulan pergerakan garis MACD yang turun dari sifar. Kemudian, di sebelah petang, senario serupa berlaku, tetapi kali ini mengakibatkan penurunan harga lebih dari 30 pips.

Cadangan perdagangan untuk 28 Jun

Pound merosot minggu lalu setelah Bank of England (BoE) mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk mengekalkan dasar kewanan tidak berubah. Tetapi pagi ini, sedikit pertumbuhan mungkin berlaku pada pasangan mata wang GBP/USD sekiranya Ketua Ekonomi Bank of England, Andy Haldane, yang paling bimbang akan inflasi, mengungkapkan bahawa dia setuju untuk mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai polisi tersebut. Dari segi statistik makro, tidak ada laporan yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Sebaliknya, apa yang ditunggu pada sebelah petang adalah ucapan dari ahli Fed, John Williams, yang juga berpotensi untuk memberikan impak yang besar terhadap pasaran.

This image is no longer relevant

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.3920 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3984 (garis hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan harga boleh berlaku jika UK mengeluarkan laporan yang positif mengenai inflasi, dan sekiranya Bank of England memutuskan untuk mengekang program PEPP jauh lebih awal dari yang dijadualkan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula menaik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.3885 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3830. Pasangan mata wang GBP/USD akan berada di bawah tekanan jika Ketua Ekonomi, Andy Haldane mengambil langkah tunggu dan lihat mengenai dasar kewangan. Tetapi sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun darinya.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget