empty
 
 
02.09.2021 09:17 AM
Ramalan Awal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 02/09/2021

Walaupun data akhir mengenai indeks aktiviti perniagaan untuk sektor pembuatan di zon Eropah menunjukkan penurunan dari 62.8 mata kepada 61.4 mata dan bukannya 61.5 mata, pasaran berperilaku seolah-olah tidak ada apa yang terjadi. Secara ringkasnya, pasaran tidak bergerak. Mungkin ini disebabkan oleh fakta bahawa data akhir yang mencatatkan bacaan tidak terlalu berbeza dengan anggaran awal. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar kenyataannya adalah bahawa pasaran sedang menunggu data yang lebih penting, yang akan diterbitkan sedikit lewat.

PMI Pembuatan (Eropah):


This image is no longer relevant

Pekerjaan di Amerika Syarikat adalah data yang sangat penting. Tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Pertumbuhan pekerjaan diramalkan sekurang-kurangnya sebanyak 500,000 orang, dalam jangkaan penerbitan laporan oleh Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, jelas telah mempengaruhi tingkah laku para pelabur. Walau bagaimanapun, pekerjaan hanya menyaksikan kenaikan sebanyak 374,000. Angka ini tentu saja cukup besar, tetapi nampaknya kurang dari yang diramalkan. Ini menunjukkan bahawa kandungan laporan mungkin tidak begitu optimis seperti yang diramalkan. Oleh itu, dolar AS segera merosot. Pada masa yang sama, data akhir mengenai indeks aktiviti perniagaan di sektor pembuatan telah meningkatkan kesan negatif, kerana indeks dilaporkan menurun dari 63.4 mata kepada 61.1 mata, sementara ramalan mengunjurkan bacaan 61.2 mata.

Perubahan Pekerjaan (Amerika Syarikat):

This image is no longer relevant

Hari ini, mata wang Eropah tunggal mungkin berada di bawah tekanan serius kerana jangkaan pertumbuhan dalam indeks harga pengeluar, dari 10.2% kepada 11.0%. Inflasi di Eropah telah melonjak dengan ketara, dan kenaikan harga pengeluar yang cepat mengisyaratkan pertumbuhan yang selanjutnya. Jelas bahawa ini hanya akan meningkatkan kebimbangan pelabur mengenai risiko inflasi, yang menimbulkan keraguan terhadap pemulihan ekonomi di zon Eropah. Selain itu, Bank Pusat Eropah dengan tegas menolak untuk mengumumkan rancangan untuk mengetatkan dasar monetari. Walaupun kenaikan inflasi tidak memberikan pilihan selain untuk menaikkan kadar faedah. Oleh itu para pelabur bimbang akan tindakan ECB secara tiba-tiba, dan pelabur tidak mempunyai masa untuk bersedia. Ketakutan inilah yang memberi kesan negatif terhadap mata wang euro.

Indeks Harga Pengeluar (Eropah):

This image is no longer relevant

Laporan mengenai permohonan faedah pengangguran berpotensi untuk memberikan sokongan kepada dolar AS. Oleh itu, jumlah permohonan awal harus dikurangkan sebanyak 13,000, dan permohonan berulang sebanyak 47,000. Dan walaupun penurunan jumlah permohonan faedah penganggiran nampaknya tidak signifikan, fakta mengenai peningkatan keadaan di pasaran buruh adalah penting. Selain itu, laporan dari Jabatan Tenaga Kerja Amerika Syarikat akan diterbitkan esok, dan pengurangan jumlah permohonan faedah pengangguran, tepat pada malam sebelum acara ini, adalah faktor yang sangat positif.

Bilangan tuntutan berulang untuk faedah pengangguran (Amerika Syarikat):

This image is no longer relevant

Langkah pembetulan dari asas 2021 masih relevan di pasaran, seperti yang dibuktikan oleh kemas kini harga pada tahap tinggi tempatan baru-baru ini. Tahap Fibonacci jangka pendek ditembusi, sementara garis pertengahan masih ada di pasaran. Tahap Fibo 38.2 paling hampir adalah bertepatan dengan tahap tinggi tempatan dari akhir bulan Julai.

Pada carta dagangan harian, pergerakan utama adalah tren menurun yang telah bermula dari awal bulan Jun. Pembetulan semasa dianggap sebagai sebahagian daripada tren.

Ramalan dan prospek:

Nilai euro menghampiri tahap terlebih belian (overbought), yang boleh memberi kesan negatif terhadap jumlah pesanan membeli, dalam bentuk pengurangannya. Sekiranya berlaku penarikan semula dari taap tinggi tempatan, harga mungkin akan kembali berdagang ke kawasan tahap 1.1800, di mana stagnasi lain akan berlaku.

Sekiranya spekulator tidak dihentikan oleh kenaikan nilai euro yang semakin meningkat, maka pergerakan inersia seterusnya ke garis Fibonacci 38.2 tidak dikecualikan.

Analisis indikator yang komprehensif memberikan isyarat kemasukan pesanan membeli berdasarkan jangka pendek dan carta harian kerana kemas kini tahap tinggi pembetulan semasa.

This image is no longer relevant

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget