empty
 
 
04.10.2021 06:10 AM
Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 4 Oktober. Kerajaan UK: krisis kekurangan bahan bakar mulai pulih.

Carta 4 Jam

This image is no longer relevant

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA)(20) - mendatar.

Pound Britain, ang berpasangan dengan mata wang dolar AS menyaksikan pemulihan ke garis Moving Average (MA) pada hujung minggu lalu. Oleh itu, timbul beberapa persoalan dan ia adalah seperti berikut: adakah aliran menaik akan berjaya mengatasi pergerakan dengan yakin? Dan jika sedemikian, maka pound cenderung untuk meneruskan pergerakan menaik dengan mudah. Adalah diingatkan bahawa pound sangat rentan untuk menyesuaikan diri dalam jangka masa panjang. Ia berjaya menyesuaikan diri dengan sukar sebanyak 23.6% berbanding keseluruhan aliran menaik, yang telah berlangsung selama satu setengah tahun, yang mana jauh lebih sedikit berbanding penyesuaian pasangan mata wang euro/dolar AS. Oleh itu, pound kini lebih cenderung untuk membuat pembentukan tren menaik yang baru.

Selain itu, sebahagian besar faktor yang menyumbang kepada penurunan harga pound pada minggu lalu adalah "krisis bahan bakar," yang perlahan-lahan kini mula pulih. Pada prinsipnya, sukar untuk membayangkan situasi di mana kerajaan tidak aktif. Selain itu, pasaran menjauh dengan cepat dari berita yang tidak dijangka. Oleh itu, dapat diandaikan bahawa situasi bahan bakar di UK akan bertambah baik, dan pada masa yang sama, pound Britain mungkin terus mengukuh. Pada masa yang sama, harga terus berada di bawah MA, dan kedua-dua saluran regresi linear terus disasarkan ke arah bawah. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD pada masa sekarang. Perlu juga diperhatikan bahawa indikator CCI memasuki kawasan terlebih jualan (oversold) pada minggu lalu (di bawah -250), yang menunjukkan kemungkinan pembalikan menaik. Pembalikan harga sudah berlaku. Oleh yang demikian, pedagang kekal disyorkan untk "mengambil" pergerakan.

Sementara itu, kerajaan UK mengatakan bahawa mereka telah berhasil menyelesaikan krisis bahan bakar, dan keadaan di seluruh negara mulai stabil. Hal itu dinyatakan oleh Kwasi Kwarteng, Setiausaha Negara di Jabatan Strategi Perniagaan, Tenaga, dan Industri. "Stesen minyak kini menerima lebih banyak bahan bakar berbanding yang mereka jual, dan kami yakin masalah ini akan berjaya diselesaikan dalam masa terdekat," kata Kwarteng. Walau bagaimanapun, peruncit bahan bakar tidak berkongsi keyakinan Kwarteng, dengan menyatakan bahawa petrol berkemungkinan akan habis lebih cepat daripada yang mereka ada sementara menunggu ketibaan stok yang baru. Di beberapa wilayah di negara ini, situsi barisan panjang di stesen minyak masih berlaku. Perlu juga diperhatikan bahawa Parti Buruh, yang dalam keadaan terus bermusuhan dengan Parti Konservatif, segera menjadi lebih aktif, mengkritik pemerintah Boris Johnson, dan mengatakan bahawa Perdana Menteri harus memberikan hak keutamaan petrol untuk semua perkhidmatan utama negara.

Dilaporkan juga bahawa kerajaan UK telah memutuskan untuk melanjutkan visa 5,000 pemandu trak asing sehingga tahun 2022. Sebelum ini, visa ini sepatutnya berakhir menjelang Krismas. "Kadar penyimpanan bahan bakar di stesen minyak UK juga ditingkatkan, bekalan penghantaran bahan bakar ke stesen minyak melebihi kadar normal, dan permintaan bahan bakar stabil. Tidak ada kekurangan bahan bakar di UK, dan orang ramai harus terus membeli bahan bakar seperti biasa," menurut kenyataan rasmi tersebut. Boris Johnson sendiri mengatakan bahawa masalah kekurangan bahan bakar tidak dapat diselesaikan dengan mengambil pemandu dari luar negara. "Saya tidak akan kembali ke model lama gaji rendah, kelayakan rendah, disokong oleh imigresen yang tidak terkawal," kata Johnson.

Oleh itu, situasi bahan bakar sedikit pulih, yang cenderung untuk menyokong mata wang pound. Hanya beberapa laporan statistik makroekonomi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada minggu ini, terutamanya di UK. Oleh itu, pedagang perlu menunggu sehingga Jumaat untuk mendapatkan data yang sangat penting mengenai keadaan pasaran buruh Amerika. Perlu juga diperhatikan bahawa tidak ada ucapan penting yang dijadualkan pada minggu ini.

This image is no longer relevant

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD ketika ini ialah 131 mata sehari. Untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, nilai ini adalah "tinggi." Pada Isnin, 4 Oktober, kami menjangkakan bahawa akan terdapat pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.3412 dan 1.3677. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menandakan kitaran pergerakan pembetulan harga.

Tahap sokongan paling hampir:

S1 – 1.3489

S2 – 1.3428

S3 – 1.3367

Tahap rintangan paling hampir:

R1 – 1.3550

R2 – 1.3611

R3 – 1.3672

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah memulakan pergerakan pembetulan pada carta 4 jam tetapi ia masih belum mengatasi Moving Average (MA). Oleh yang demikian, pada masa ini, pedagang masih perlu mempertimbangkan kemasukan pesanan menjual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3489 dan 1.3428 sekiranya berlaku kenaikan harga dari garis MA. Pesanan membeli harus dipertimbangkan semula sekiranya harga kekal diniagakan di atas MA dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3611 dan 1.3672 dan pesanan ini harus dibiarkan terbuka sehingga Heiken Ashi beralih kepada penurunan.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget