empty
 
 
29.12.2021 10:12 AM
Analisis dan tip dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 29 Disember

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Isyarat pasaran pada hari Selasa menyatakan kemasukan pesanan menjual untuk pasangan mata wang EUR/USD, walau bagaimanapun, garis MACD berada jauh dari sifar, oleh yang demikian, penurunan adalah sangat terhad. Ia diikuti dengan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli, tetapi ia juga gagal kerana indikator MACD sudah berada di kawasan terlebih belian (overbought). Itu membawa kepada penurunan sekitar 40 pips, yang mendorong isyarat lain untuk menjual. Indikator terakhir ialah isyarat untuk pesanan membeli yang telah mendorong kepada peningkatan harga sebanyak 20-pips.

This image is no longer relevant

Laporan Perancis mengenai belanjawan negaranya tidak memberikan sebarang kesan ke atas euro semalam, oleh yang demikian, pasaran telah diniagakan dengan tenang pada sebelah pagi. Menjelang dagangan petang, terdapat sedikit peningkatan pada dolar AS kerana data mengenai harga rumah AS mencatatkan bacaan melebihi ramalan.

Kemungkinan laporan akan datang dari Zon Eropah tidak akan menjejaskan pasaran dalam apa cara sekalipun, walaupun ia adalah mengenai jumlah pinjaman dalam sektor swasta dan perubahan dalam agregat M3 bekalan wang. Pada sebelah petang, AS akan mengeluarkan data mengenai imbangan dagangan asing, inventori borong dan jualan perumahan yang belum siap, di mana jika ia menunjukkan angka yang lebih kukuh berbanding jangkaan, maka ini akan mendorong kepada pengukuhan dolar AS yang selanjutnya.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1318 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1346. Pertumbuhan harga adalah sangat tidak mungkin pada hari ini ekoran kegagalan pasangan mata wang EUR/USD dalam percubaan untuk mencapai paras tinggi Disember.

Sebelum anda membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar, atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.1298, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1318 dan 1.1346.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.1298 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.1266. Penembusan harga pada tahap 1.1298 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang EUR/USD. Data AS yang baik akan mengingatkan pedagang tentang tindakan yang akan diambil oleh Fed untuk mempengaruhi inflasi.

Sebelum anda membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.1318, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.1298 dan 1.1266.

This image is no longer relevant

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget